
pokok beracun
July 15, 2010
Have you got Skype?
January 21, 2010Have you got Skype?
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

huhu..apa ni.. web kerajaan papar link web prono..
December 11, 2009
Aku nak rasmi sendirilah…
October 24, 2009Akhirnya berjaya juga aku membina satu lagi template joomla 1.5.. kalau bagi kat syarikat swasta ni mau 10-15 ribu dia bedal.. tapi aku apa lah sangat aku dapat..tut..tut bos jugak yang dapat..kang-kang.. Tak delah saje tu.. apa pon aku berbangga dapat berbakti kepada negeri ku sendiri..biarlah dibasahi peluh sekali pon demi Kelantan terchinta aku sanggup aku buat sampai dah tak larat gitu…Dengan bangganya dan takburnya..hahahhaa aku rasmikan web portal baru Kerajaan Negeri Kelantan… yahhh…Subhanallah..betul-betul riak ni…
Walaupon belum betul-betul siap tak kira nak rasmi jugak.. anda semua dijemput untuk bagi cadangan dan teguran membina, silalayari www.kelantan.gov.my.. sekian..

Sekian lama
October 14, 2009Udah beberapa purnama tidak ‘update’ dan ‘uptodate’ blog ini..apalah nak jadi ni. Al-maklum lah sekarang macam tak terurus je masa..”sejak bila pula aku pandai urus masa ni???”ahaha… sejak 2-3 bulan ni banyak sangat perkara yang berlaku…adoi..semuanya duniawi..hehehe..Betulah “jika manusia dibagikan sebanyak mana pon harta , ia tetap tidak mencukupi” jadi bersyukurlah dengan seadanya.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (al-An’am, ayat 14)
Alhamdulillah..ya Allah aku bersyukur dengan segala kemudahan dan kesenangan yang telah Engkau limpahkan..
Dan, untuk sahabat-sahabat sekuliah..aku amat merindui dan aku doakan kita semua berjaya dalam apa jua kita lakukan.. Tahniah semua..
Bila lah kita akan berjumpa lagi..

16 May Selamat Hari Cikgu
May 15, 2009Bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru kali ini dan memberi penghargaan kepada cikgu-cikgu terutama cikgu-cikgu di SMK Kota, Theme Khas untuk meraikan hari guru telah aku designkan untuk portal rasmi smkkota yang mana boleh dicapai melalui url: http://www.smkkota.edu.my Ringkas dan berlatarkan kuning diraja serta disertakan lagu autoplay tema hari guru dan guru malaysia. “Terima Kasih Cikgu”

Kami Pon Belajar Macam Tempat Tuisyen Jugak
May 14, 2009
KOSMO 14-MAY-2009
Kuliah UPSI macam pusat tuisyen -Kampus UPSI kian sesak, 9,000 mahasiswa belajar dalam rumah kedai
TANJUNG MALIM – Nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) gah sebagai institusi pendidikan unggul tertua di negara ini, namun jangan terkejut jika sebahagian besar pelajarnya kini terpaksa menimba ilmu di kelas-kelas dalam deretan rumah kedai.
Itulah realiti yang terpaksa dihadapi kira-kira 9,000 pelajar UPSI gara-gara kampus induk mereka di sini sudah tidak mampu menampung pertambahan pelajar.
Kebanyakan bakal guru siswazah itu belajar dalam suasana yang kurang selesa di rumah-rumah kedai yang kelihatan seperti pusat tuisyen swasta.
Daripada 16,000 pelajar, hanya 7,000 yang dapat meneruskan pelajaran menggunakan kemudahan dalam kampus UPSI.
Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan rumah kedai sekitar universiti tersebut semalam mendapati pihak pengurusan UPSI terpaksa menyewa 29 unit rumah kedai dan mengubahsuainya menjadi 53 bilik kuliah.
Antara rumah kedai itu ialah 13 unit di Taman U mengandungi 39 bilik kuliah dan 16 unit di Taman Bernam Baru dengan 14 bilik kuliah dan lapan buah makmal.
Lot-lot kedai yang disewa telah diubahsuai sepenuhnya bagi dijadikan bilik kuliah, makmal, surau, bilik-bilik pensyarah, pejabat am, pejabat penolong pendaftar, bilik rehat pelajar dan bilik keselamatan.
Malah, bagi mengasingkan kesemua blok yang disewa pihak pengurusan terpaksa meletakkan pagar di kaki lima premis tersebut demi menjaga keselamatan pelajar.
Bagaimanapun, pihak pengurusan UPSI difahamkan bakal berdepan masalah baru apabila seramai 5,000 pelajar baru dijangka mendaftar pada Julai ini kerana jumlah bilik kuliah yang terdapat di deretan kedai itu juga sudah tidak mencukupi.
Untuk itu, UPSI mungkin terpaksa menyewa premis baru di Proton City bagi menampung para pelajar baru.
Kos pengubahsuaiannya mencecah RM500,000 bagi 14 bilik kuliah.
Apabila membaca laporan ini yang dibawakan oleh kosmo, rasa gelihati sesangat. Kecoh ahh pelajar UPSI ni, tak selesa pulak belajar kat kedai sewa, pirrrahhh.. mereka ingat mereka sahaja ke belajar dalam rumah kedai. Aku pon sama lah, duduk UTHM dari mula masuk sampai habis kami semua duduk rumah kedai lah jarang-jarang sekali masuk dewan kuliah. Kalau nak dikirakan selesa abislah tak belajarlah agaknya. Sepatutnya budak-budak UPSI atau lebih dikenali sebagai cikgu-cikgi ni kena lah pandai sesuaikan diri tak kira lah belajar kat mana sekalipon, ni yang jadi kes cikgu tak nak masuk pendalaman untuk mengajar ni, kerna telah dilatih dengan segala kemewahan. UNIMAP lagi lah, seluruh perlis kampusnya, ha merata tempat entah apa bangunan yang disewanya. Wartawan kosmo pon satu, Kenapa tak tgok keadaan UTHM dan U lain yang senasib.

Utusan Dari Netherlands
May 12, 2009Lebih kurang 3 minggu lebih menunggu utusan yang tidak sampai-sampai akhirnya tiba di depan pintu hari ini..TQ untuk bro posmen. Aku sedar bukannnya dekat pon datangnya terpaksalah tunggu dengan rela hati dan makan hati dengan kawan-kawan yang sudah memilikinya, pengajaran bagi aku adalah lain kali kena lah tempah awal-awal ye.
Ini dia UBUNTU 9.04 Jaunty Jackalope
Seperti ubuntu-ubuntu versi lepas-lepas ternyata ubuntu kini setanding dengan OS yang berada dipasaran. Jaunty Jackalope ini dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri. Antara yang paling menarik berkenaan versi terbaru ini ialah, proses boot yang sangat cepat. Kita sudah cukup bukti yang menunjukkan bahawa, jaunty jackalope mampu untuk boot dalam masa kurang 20 saat dan itu merupakan merit paling besar dalam dunia sistem operasi (melayubuntu.blogspot.com). Tapi Aku belom cuba lagi ni. belom cuba dah rasa keterujaanya. Bagi mereka yang berminat untuk beralih dari pada windows yang hampeh itu dan bosan dengan virus, spywar dan worms , anda belom terlambat untuk memilikinya dengan mudah dan percuma semuanya, hanya perlu daftar dan isi serba sikit maklumat anda disini dan kemudian tunggu je kat umah atau opis anda. insyaAllah nanti ada masa aku akan pamerkan print screen Jaunty Jackalope ini..

Pernahkah Anda Menjilat Ludah Anda Sendiri???
May 11, 2009KEMASKINI:4.30 PTG Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka – di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.
Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.
Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.
“Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.
“Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil,” katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.
Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.
SUMBER :malaysiakini
Versi Lama
Versi Baru
“Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang”
Lirik Lagu Warisan Bisa Kita nyanyi Masa duduk dalam kem BTN













