Archive for February, 2009

h1

Kisah SMK Kota.edu.my

February 24, 2009

untitled-1Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu smkkota.edu.my online. hits dah dekat 300++ huih…macam mustahil je.. rupa-rupanya tersohor jugak sekolah ni..Alkisahnya, web ini rupanya dah masuk version 3, version 1 terdahulu sekitar tahun 2002 adalah hasil Ckgu Syed dan Amir Haris. Version 1 tu dulu bukan calang-calang web, pernah dapat johan web peringkat Negeri Kelantan tu.. Version 2 pula, hasil kelolaan Sdr Afnan dan Ckgu Mat. Version 2 ni katanya tak sempat nak masuk pertandingan web. Dan sekarang Version 3.

smkkotaedumy Layari : http://www.smkkota.edu.my

Version terbaru ni menggunakan PHP+MYSQL. Stakat ni masih lagi dalam proses ada dalam 70% siap masih ada lagi aplikasi yang tak siap contohnya tv,chatroom,email dan lain-lain. Kalau nak ikutkan harga pasaran luar ni boleh sampai ber-11 ribu ni.. tak caya baca lah forum sifoo.com. Itu semua tak penting bagi aku, yang aku tau kepuasan berkarya. Apa-apa pon terimakasih banyak-banyak buat cikgu mat banyak membantu..kalau nak tau gambar-gambar tu Cikgu Mat lah yang kasi..hehehe..

Advertisements
h1

Membina template mudah dalam Dreamweaver

February 23, 2009

untitled-1

Hari ini dengan kerajinan yang ada, aku nak bagi satu tutorial macam mana nak buat template mudah menggunakan fungsi sedia ada dalam adobe dreamweaver. so tutorial ni untuk yang tak tau lagi macam mana nak buat template dengan mudah dan cepat dan tiada kemahairan dalam CSS.. 

Bahan-bahan :

  1. Adobe Dreamweaver 
  2. Grafik-grafik untuk menambah seri
  3. Kerajinan..

Kelebihan:

  1. Tiada koding-koding
  2. Tidak guna CSS file

Cara-cara :

  1. Buat “new document” tak kisahlah PHP ke atau HTML 
  2. Bina layout web anda dengan “insert tabel” bilangan rows dan columns terpulang pada layout web anda.1
  3. Pastikan tabel dalam kedudukan center ( properties > align > center )
  4. Sekarang boleh dimasukkan grafik-grafik untuk header, background dan sebagainya..2
  5. Gambar diatas saya telah masukkan grafik pada kedudukan yang dikehendaki. Bagi kawasan <kandungan Web> dan <Menu Web> dibiarkan kosong ini kerana, bahagian ini boleh diubah apabila layout ini telah menjadi template.
  6. Sekarang kita jadikan kedua kawasan itu  “edit region” bagi membolehkan ianya diubah. caranya dengan Insert > Template Objects > Editabel Region atau CTRL+ALT+V3
  7. Langkah terakhir adalah kita jadikan ia satu template dengan Insert > Template Objects > Make Template kemudian save template ada.. dah siap pon.. menjadikan file tadi di save sebagai .dwt dan satu folder Template wujud dalam file yang anda save web anda.4
  8. Sekarang bolehlah guna template ini bila-bila masa sahaja, kaedahnya “open new page” pergi ke menu Modify > Template > Apply Template To Page
  9. Pilih nama template yang telah di save tadi. dan OK siap..
  10. Pada Page baru ini anda hanya boleh mengubah sesuatu pada medan edit region sahaja. Sekarang setiap page dalam web anda akan kekal sama tiada lagi kecatatan pada setiap page.
  11. Untuk mengubah template, hanya perlu ubah pada file template.dwt sahaja..dan semua page yang menggunakan template ini akan auto update. mudahkan..Ok selamat mencuba..
h1

Salam Bicara

February 22, 2009

untitled-1

83f9dad0837e38e2Dengan nama Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang.. Alhamdunilla hari ini ketika ini, dengan rasminya blog pena siber yang sekian lama terkubur akhirnya dapat aku wujudkan kembali dengan warjah baru. Harap-harap kali ini rajin lah sikit untuk meng”update”nya.. Apa-apa pon pena siber ni adalah demensi ke-2 bagi ku selepas demensi pertama paan5665.wordpress.com yang mana nak di khusus kan lagi demensi per-1 untuk hasil kerja aku, mana kala demensi ke-2 adalah satu perkongsian untuk semua..

 

“salam perkenalan”

penasiber.wordpress.com