Archive for April, 2009

h1

Titian Hasrat- Samudera

April 29, 2009

ni lah lagu rock kapak yang tak lapuk dek ujan..

Apabila dengar lagu ni masa dok buat design, maka design jadi macam ni.. walaupon tak berapa cantek tapi ikut mood lagu ni..hehehe.. saip ada burung merpati tu, cuma tak ingat nak masukkan pelangi je… (Kita bagai merpati, Yg sering beriringan, Menuju ke syurgawi pelangi)

untitled-2-small
Lirik Lagu Titian Hasrat – Samudera
Kita bagai merpati,
Yg sering beriringan,
Menuju ke syurgawi pelangi,
Kita mengumpul hasrat,
Tiada henti-hentinya,
Mencari persinggahan,
Bina istana,

*
Namun ku tak berdaya membina cinta,
Syurgawi yg dicari dilanda gelita,
Gugurlah harapanku bersama hujan,

Bagai ada sesuatu cinta terhalang,
Dimanakah kau sayang di mana,
Jika hilang ku nnt kembali,
Andai duka dimana khabarmu,
Jika bahgia,apalah ertinya,
Ku menunggu…dan menunggu

Ulang *

Titian hasrat cinta,
Antara kita,
Lebur dipersinggahan

Advertisements
h1

Manusia, Malaikat, Syaitan ..

April 22, 2009

Manusia – Eh, dah subuh dah?

Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu

Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

 

Manusia – Nak makan, laparlah ?

Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…

Syaitan – Ahh, tak payahla…dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

 

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

 

Manusia – Alamak, dah lewat!

Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aahh? suruh si X, punchkanlah?

 

Manusia – Azan sudah kedengaran..

Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan – Baru pukul berapa..rilex lah.. awal lagi nie?

 

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…

Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!

Syaitan – Perggghh… best tu… rugi ooo kalau tak tengok nie..

 

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

 

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?…pandai2lah?

 

Manusia – aku telah berdosa..

Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugilah. .. (kalau sempat la)

 

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu… Jomlahhh?

h1

Dengar Aku punya Radio Online

April 13, 2009

Bagi sesiapa mahu dengar Radio Online live dari PC aku ni cara-cara nak dengar. 

Apa yang kau orang  perlu ada ialah:

1. line Internet (mestilah)

2.Jet Audio (http://www.cowonamerica.com/download/)

cara-cara:

1. open Jet Audio

2. Buat satu playlist baru seperti berikut: 

1

buat playlist baru (ctrl+E)

3. Masukkan URL radio aku seperti dibawah, dan ok

2

URL Radio: 

http://87.117.217.46/prsms/files/dirpr313296/playlist.asx

** atau kau orang semua boleh download playlist disini bagi play terus dalam windows media player, VLC, Winamp dan sabar untuk 1-2 minit untuk player load dari sever..

 

sistem ini adalah sistem testing sahaja.

Buffering (streaming) bergantung kelajuan internet anda dan kemampuan sever. untuk makluman sever yang diguna adalah sever free, so paham-paham lah ye. tiada bajet nak setup sever sendiri. Harap maklum.

“Radio hanya online jika aku online sahaja” tiada siaran rasmi..hahhaha enjoy..

 

h1

Kehadiran Portable ubuntu dalam XP ku.

April 11, 2009

Umum telah mengetahui bahawa ubuntu merupakan salah satu OS sumber terbuka, jadi tidak hairanlah ubuntu wujud dalam bentuk portable bagi membolehkan ianya digunakan dalam windows. Ianya sama seperti perisian lain yang berformatkan .EXE, jadi ianya terus boleh digunakan bila-bila masa sahaja bagi sesiapa yang mahu mengenal dunia linux. ia juga boleh disimpan dalam pendrive dan boleh dibawa kemana-mana. Konsepnya mudah hanya download pada webnya kemudian terus boleh diguna tanpa menggunakan live cd atau menginstallnya pada komputer anda. Saya telah mencubanya, hemm ianya sungguh menarik, nasib baik masih lagi menggunakan windows pada komputer lama.

ubuntu_ptbl

portable ubuntu dalam windows xp 

sumber: http://portableubuntu.sourceforge.net/

h1

3 Perisian Sumber Terbuka Paling Disukai

April 10, 2009

Di sini saya ingin kongsikan kepada anda semua, 3 perisian (software)  yang selalu digunakan seharian, kesemua ini adalah open source maknanya free ler..

  • Adobe Kuler -Kegunaanya adalah untuk mencari warna-warna yang sesuai, contohnya kalau warna biru masuk dengan warna apa ek?? Sekarang dengan adanya Adobe Kuler tak perlu lagi fikir warna apa yang sesuai untuk design kau orang semua. Adobe Kuler adalah perisian menggunakan Adobe AIR technologies.  Jadi ia memerlukan sambungan internet untuk aktifkannya, Adobe juga selalu update warna-warna tema terkini. Kelebihannya, anda hanya perlu memilih  carta warna yang dikehendaki, dengan klik padanya, carta color yang dipilih akan terpapar pada penal swatches pada photoshop.

klr

Adobe Kuler

  • Google Chrome – Semua sudah mengetahui bahawa google telah mempunyai browser tersendiri iaitu Google Chrome. Ternyata Chrome lebih laju berbanding browser lain, terutama bagi menonton Youtube. maklumlah Youtube kan google punya.

chrmo

Google Chrome

  • Pidgin – Bagi pengguna tegar YM kewujudan pidgin tidak disedari. Jika anda seorang pengguna ubuntu/linux pidgin telah tersedia ada pada distro-distro terkini kebanyakan linux. Kanapa saya memilih Pidgin?? kelebihanya adalah jika anda mempunyai lebih dari satu akaun YM, google, MSN, dan banyak lagi pidgin lah menjadi pilihan. ia boleh “run” kesemua “id” anda serentak, jadi sesiapa memiliki lebih dari 1 “id” YM saya harap faham-faham lah ye..

pidgin

Pidgin

Ada lagi perisian yang tidak disenaraikan disini, InsyAllah di lain masa saya senaraikan..

h1

XP Vs UBUNTU

April 2, 2009

UBUNTU apa itu??

Ubuntu adalah satu OS (Operating System) berkeupayaan sama seperti Windows XP mahupon Vista dan windows 7 .

Kenapa saya pilih UBUNTU??

  1.  Free of charge. Copy CD pon boleh mintak CD Free pon boleh nak Download boleh sesangat.  Ikut link ini kalu mau mintak CD free https://shipit.ubuntu.com/
  2. Tak perlu risau akan virus atau apa-apa sahaja yang boleh didapati dalam windows.
  3. Boleh terus guna (run) guna CD tanpa perlu install, install lg bagus.
  4. interface dia lg cantik dari vista, huhuhu
  5. laptop buruk processor cap ayam pon boleh jalan..
  6. Semua ada tak perlu install microsoft office semua pakai open office yang mana free of charge jugak.
  7. Wifi pon boleh pakai dalam ubuntu.
  8. nak buat LAN dengan PC guna windows pon boleh (yang peliknya windows susah nak tgok PC guna Linux dalam LAN ni)
  9. Grafik kad pon boleh di install.
  10. audio ,video pon boleh dengar dan tgok.
  11. Yang bestnya on pc cepat tak macam windows lambat. 

snapshot3-medium-small

windows XP dalam UBUNTU menggunakan vitualbox

snapshot2-medium-small

Grafik kad nVidia pon boleh dalam ubuntu

snapshot1-medium-small

UBUNTU yang berjaya dalam laptop compaq F700, sehingga hari ini 99.9% tiada lagi masalah yang timbul, jika dulu saya guna Windows XP, installer hardware driver bagi compaq F700 bagi XP susah untuk dapat, ini kerana F700 hanya berkesan menggunakan vista.Amat menakjubkan apabila UBUNTU digunakan ternyata 99% semua hardware dalam F700 berfungsi sepenuhnya.

h1

anda boleh jadi macam-macam jenis jutawan..

April 2, 2009