h1

Pengguna Streamyx Sekalian..

May 9, 2009

Berita Ini adalah Dipetik daripada Blog http://hanief.blogspot.com untuk membaca artikel asal sila klik disini

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

 Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

 Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.

Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.

 Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.

 Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.

 Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.

 Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.

 

Harap maklum.

 

Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.

 

 

 

Jika benarlah hebahan yang dibawa oleh saudara hanief (http://hanief.blogspot.com) ternyata aku juga tidak terlepas daripada musibah ini kerana ip akaun streamyx aku dekat rumah bermula dari pada 60.50.xxx.xxx agghhhhh… ini betul-betul tekanan ni.. dah lah bayar mahal kerajaan bukan nya bagi subsidi 50%  atas bill streamyx pon , suka-suka dia je mau sekat-sekat ni.  bukan salah blog, bukan salah sms atau mms atau internet kebenaran tetap kebenaran, yang hak tetap  hak. Bukan tak mau tgok TV tapi dah menyampah tgok TV terutama TV1. Apa tidaknya semua yang keluar kat internet 100% lain dari liputan TV. Tak habis-habis rancangan hiburan-hiburan-hiburan, kadang-kadang tu nak muntah dengan gedik dan getik artis-artis malaysia. boleh dikatakan 80% siaran TV harini semuanya hiburan semata-mata, drama sana drama sini jom heboh san jom heboh sini..aggghhhhh.. bosan tu belom sentuh isu pemakaian artis dan penyampai tv tu.. lagi lah menyampah.. aghhhhhh… bosannya..kami rasa kami diperbodohkan dan dipermainkan..aghhhhh…

Advertisements

5 comments

  1. Bro,
    Kerajaan Barisan dan poning selsema babi, tak lama lagi kena pulak sawan babi, termasuklah kuncu-kuncunya RTM dan Media Prima. Suratkhabar pun dah lama pening tu.


    • tulah pasal dia org yang poning nak ajak kita poning sekali..


  2. wa btl ke ni.. em patut la internet aku akhir2 ni sengal je.. wat sakit hati je.. SLOW..


  3. Salam saudara hanief… saya jugak streamyx user tapi takda pulak masalahnye… dah hampir setahun setakat nie ok saja. Untuk pengetahuan saudara, sepanjang setahun tak pernah saya klik blog@website yg byk fitnah, caci mencaci, mengaibkan org dan porno.Yg penting gunakan untuk kebaikan, insyaallah takda masalah yg timbul. Jgn selalu layari internet tapi banyakkan layari al-quran.


    • salam, Hamba Allah;
      Sebenarnya saya bukan Hanief penulis artikel yang sebenarnya, saudara boleh klik pada pautan yang telah saya sediakan untuk ke artikel hanief yang sebenar.
      saudara penulisan hanief ada kebenarannya, jika saudara pernah menggunakan speedtest saudara akan mengetahuinya, negara kita berada pada kedudukan 89 download 73 upload kelajuan internet dunia, ini menunjukkan negara kita ketinggalan jauh dari negara-negara lain, ini bukan rekaan tapi fakta. Mungkin saudara tidak pernah merasai tekanan ini kerana saudara tidak menggunakan aplikasi-aplikasi yang memerlukan capaian internet yang besar dalam kerja seharian saudara. Bagi kami, internet adalah keperluan utama kerja kami dalam sektor ict ini. Saudara, Sebagai contoh, kemudahan internet seperti media Streaming memerlukan capaian yang tinggi, contohnya TV kelantan, Kewujudan TV kelantan adalah menunjukkan ketelusan kerajaan kelantan untuk menyiarkan secara langsung sidang dun untuk rakyat menilai sendiri dan lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya. Kerna apabila sesuatu isu diperkatakan akan diputar belit oleh media masa aliran perdana. Secara tidak langsung kerajaan kelantan mebanteras fitnah oleh media arus perdana., Menjadi masalah bagi pengguna seperti kita semua untuk mencapai kemudahan yang disediakan, akan mendorong kita untuk mendekati media arusperdana yang telah dipesongkan kebenarannya,maka percayalah kita kepada fitnah yang dibawanya. Saya rasa itu lagi teruk. Ternyata jika ditanya, negara kita dikatakan sebagai negara sedang membangun,walhal kemerdekaan kita tidak jauh sezaman dengan korea, tetapi korea telah mencapai status negara membangun, kita masih lagi kebelakang. Buktinya kekangan capaian internet ini. sekian.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: