h1

Kami Pon Belajar Macam Tempat Tuisyen Jugak

May 14, 2009

 

KOSMO 14-MAY-2009

Kuliah UPSI macam pusat tuisyen –Kampus UPSI kian sesak, 9,000 mahasiswa belajar dalam rumah kedai

 

ne_02.1

BELAJAR di rumah kedai yang diubahsuai menjadi bilik kuliah menyebabkan ramai pelajar UPSI di Tanjung Malim berasa tidak selesa.

 


 

 

TANJUNG MALIM – Nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) gah sebagai institusi pendidikan unggul tertua di negara ini, namun jangan terkejut jika sebahagian besar pelajarnya kini terpaksa menimba ilmu di kelas-kelas dalam deretan rumah kedai.

Itulah realiti yang terpaksa dihadapi kira-kira 9,000 pelajar UPSI gara-gara kampus induk mereka di sini sudah tidak mampu menampung pertambahan pelajar.

Kebanyakan bakal guru siswazah itu belajar dalam suasana yang kurang selesa di rumah-rumah kedai yang kelihatan seperti pusat tuisyen swasta.

Daripada 16,000 pelajar, hanya 7,000 yang dapat meneruskan pelajaran menggunakan kemudahan dalam kampus UPSI.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan rumah kedai sekitar universiti tersebut semalam mendapati pihak pengurusan UPSI terpaksa menyewa 29 unit rumah kedai dan mengubahsuainya menjadi 53 bilik kuliah.

Antara rumah kedai itu ialah 13 unit di Taman U mengandungi 39 bilik kuliah dan 16 unit di Taman Bernam Baru dengan 14 bilik kuliah dan lapan buah makmal.

Lot-lot kedai yang disewa telah diubahsuai sepenuhnya bagi dijadikan bilik kuliah, makmal, surau, bilik-bilik pensyarah, pejabat am, pejabat penolong pendaftar, bilik rehat pelajar dan bilik keselamatan.

Malah, bagi mengasingkan kesemua blok yang disewa pihak pengurusan terpaksa meletakkan pagar di kaki lima premis tersebut demi menjaga keselamatan pelajar.

Bagaimanapun, pihak pengurusan UPSI difahamkan bakal berdepan masalah baru apabila seramai 5,000 pelajar baru dijangka mendaftar pada Julai ini kerana jumlah bilik kuliah yang terdapat di deretan kedai itu juga sudah tidak mencukupi.

Untuk itu, UPSI mungkin terpaksa menyewa premis baru di Proton City bagi menampung para pelajar baru.

Kos pengubahsuaiannya mencecah RM500,000 bagi 14 bilik kuliah.

 

Apabila membaca laporan ini yang dibawakan oleh kosmo, rasa gelihati sesangat. Kecoh ahh pelajar UPSI ni, tak selesa pulak belajar kat kedai sewa, pirrrahhh.. mereka ingat mereka sahaja ke belajar dalam rumah kedai. Aku pon sama lah, duduk UTHM dari mula masuk sampai habis kami semua duduk rumah kedai lah jarang-jarang sekali masuk dewan kuliah. Kalau nak dikirakan selesa abislah tak belajarlah agaknya. Sepatutnya budak-budak UPSI atau lebih dikenali sebagai cikgu-cikgi ni kena lah pandai sesuaikan diri tak kira lah belajar kat mana sekalipon, ni yang jadi kes cikgu tak nak masuk pendalaman untuk mengajar ni, kerna telah dilatih dengan segala kemewahan. UNIMAP lagi lah, seluruh perlis kampusnya, ha merata tempat entah apa bangunan yang disewanya. Wartawan kosmo pon satu, Kenapa tak tgok keadaan UTHM dan U lain yang senasib. 

bangunan3

Uthm 005 (1)“Kami Pon Belajar Macam Tempat Tuisyen Jugak”

Advertisements

11 comments

  1. hehe..betol2..cikgu-cikgi kene la blaja idop susah..
    nnti klu dpt posting kt tmpt2 pdalaman sng la..
    ssh sbb kne ulang alik sbb xde trnspot ??
    ak pn xde..ilek je nek johor motor tu


  2. tau xpe! kecoh ar dorg ni sume. kite yg bljr kat rumah kedai pun, xde smpai nak komplen masuk paper. hahaha… lawak tul la… bakal cikgu pebendanye klu xleh bersusah payah ckit… piiraahh!


  3. btol² sokong²…hehehe…
    U lain rilex je..
    xde nak kecoh² pn…
    patot nyer diorg kene tgk dlu U lain blaja camne…
    ni, tros je nak report²…
    cam ne la agak nye ek masa depan bakal² cikgu-cikgi kite ni nnti…kalau keadaan cam ni pn da kecoh²…
    huhuhu…


  4. harap bangkit isu ni.kptm boleh tengok semua ipt.
    luluskan bajet yang mencukupi untuk semua ipt.cepat sikit proses naiktaraf ipt malaysia.yang gi kutuk student upsi tu apa hal pulak?.bab mengutuk bagi kat orang melayu.nombor satu.


  5. erm..??
    adakah anda stdnt upsi en.rahman??


  6. bukan.
    aku dulu belajar kat uitm.
    kelas rumah kedai juga.
    mengadap pasar plak tu.
    angin tiup ada bau ayam,daging,ikan.
    ada kucing beranak dalam kelas.
    pintu kelas pun tak ada.
    kalau hujan kena tempias.haha.
    dulu la.
    dulu.


  7. hehehhhe…kisahlah kan blaja mana2…yg penting dh ada degree pn skrg…wat pe blaja kat tmpt yg mewah2, last2 fail gak..tol tak…

    bersyukurlah seadanya…ngada2 budak upsi ni..hehehhe(adik kakina upsi gak…hahhaha)


  8. hahha
    housemate ak pon ad gk dak uitm..
    mmg trok la kn..kene ulang-alik sne sni
    tp ak rse stkt umah kdai ni tmpt blaja..
    x de apela


  9. heheh UniMAP langsung xda kampus…100% dlam kedai+kilang hahaha…memeng duk dlm kilang kuar kaja pom dlm kilang


  10. heheh UniMAP langsung xda kampus…100% dlam kedai+kilang hahaha…memeng duk dlm kilang kuar keja pom dlm kilang gak…sesuaii kakaka


  11. hmm bersyukurlah dapat belajar kat u..orang len berderet nak tunggu masuk u, ada yang tak dapat lagsung peluang..hmmm…



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: