Archive for October, 2009

h1

Aku nak rasmi sendirilah…

October 24, 2009

Akhirnya berjaya juga aku membina satu lagi template joomla 1.5.. kalau bagi kat syarikat swasta ni mau 10-15 ribu dia bedal.. tapi aku apa lah sangat aku dapat..tut..tut bos jugak yang dapat..kang-kang.. Tak delah saje tu.. apa pon aku berbangga dapat berbakti kepada negeri ku sendiri..biarlah dibasahi peluh sekali pon demi Kelantan terchinta aku sanggup aku buat sampai dah tak larat gitu…Dengan bangganya dan takburnya..hahahhaa aku rasmikan web portal baru Kerajaan Negeri Kelantan… yahhh…Subhanallah..betul-betul riak ni…webkelantanWalaupon belum betul-betul siap tak kira nak rasmi jugak.. anda semua dijemput untuk bagi cadangan dan teguran membina, silalayari www.kelantan.gov.my.. sekian..

h1

Sekian lama

October 14, 2009

Udah beberapa purnama tidak ‘update’ dan ‘uptodate’ blog ini..apalah nak jadi ni. Al-maklum lah sekarang macam tak terurus je masa..”sejak bila pula aku pandai urus masa ni???”ahaha… sejak 2-3 bulan ni banyak sangat perkara yang berlaku…adoi..semuanya duniawi..hehehe..Betulah “jika manusia dibagikan sebanyak mana pon harta , ia tetap tidak mencukupi” jadi bersyukurlah dengan seadanya.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (al-An’am, ayat 14)

Alhamdulillah..ya Allah aku bersyukur dengan segala kemudahan dan kesenangan yang telah Engkau limpahkan..

Dan, untuk sahabat-sahabat sekuliah..aku amat merindui dan aku doakan kita semua berjaya dalam apa jua kita lakukan.. Tahniah semua..

konvo copy

Bila lah kita akan berjumpa lagi..