Archive for the ‘kerja-kerja’ Category

h1

Aku nak rasmi sendirilah…

October 24, 2009

Akhirnya berjaya juga aku membina satu lagi template joomla 1.5.. kalau bagi kat syarikat swasta ni mau 10-15 ribu dia bedal.. tapi aku apa lah sangat aku dapat..tut..tut bos jugak yang dapat..kang-kang.. Tak delah saje tu.. apa pon aku berbangga dapat berbakti kepada negeri ku sendiri..biarlah dibasahi peluh sekali pon demi Kelantan terchinta aku sanggup aku buat sampai dah tak larat gitu…Dengan bangganya dan takburnya..hahahhaa aku rasmikan web portal baru Kerajaan Negeri Kelantan… yahhh…Subhanallah..betul-betul riak ni…webkelantanWalaupon belum betul-betul siap tak kira nak rasmi jugak.. anda semua dijemput untuk bagi cadangan dan teguran membina, silalayari www.kelantan.gov.my.. sekian..

h1

16 May Selamat Hari Cikgu

May 15, 2009

Bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru kali ini dan memberi penghargaan kepada cikgu-cikgu terutama cikgu-cikgu di SMK Kota, Theme Khas untuk meraikan hari guru telah aku designkan  untuk portal rasmi smkkota yang mana boleh dicapai melalui url: http://www.smkkota.edu.my Ringkas dan berlatarkan kuning diraja serta disertakan lagu autoplay tema hari guru dan guru malaysia. “Terima Kasih Cikgu”

hariguruhttp://www.smkkota.edu.my

 

h1

3 Perisian Sumber Terbuka Paling Disukai

April 10, 2009

Di sini saya ingin kongsikan kepada anda semua, 3 perisian (software)  yang selalu digunakan seharian, kesemua ini adalah open source maknanya free ler..

  • Adobe Kuler -Kegunaanya adalah untuk mencari warna-warna yang sesuai, contohnya kalau warna biru masuk dengan warna apa ek?? Sekarang dengan adanya Adobe Kuler tak perlu lagi fikir warna apa yang sesuai untuk design kau orang semua. Adobe Kuler adalah perisian menggunakan Adobe AIR technologies.  Jadi ia memerlukan sambungan internet untuk aktifkannya, Adobe juga selalu update warna-warna tema terkini. Kelebihannya, anda hanya perlu memilih  carta warna yang dikehendaki, dengan klik padanya, carta color yang dipilih akan terpapar pada penal swatches pada photoshop.

klr

Adobe Kuler

  • Google Chrome – Semua sudah mengetahui bahawa google telah mempunyai browser tersendiri iaitu Google Chrome. Ternyata Chrome lebih laju berbanding browser lain, terutama bagi menonton Youtube. maklumlah Youtube kan google punya.

chrmo

Google Chrome

  • Pidgin – Bagi pengguna tegar YM kewujudan pidgin tidak disedari. Jika anda seorang pengguna ubuntu/linux pidgin telah tersedia ada pada distro-distro terkini kebanyakan linux. Kanapa saya memilih Pidgin?? kelebihanya adalah jika anda mempunyai lebih dari satu akaun YM, google, MSN, dan banyak lagi pidgin lah menjadi pilihan. ia boleh “run” kesemua “id” anda serentak, jadi sesiapa memiliki lebih dari 1 “id” YM saya harap faham-faham lah ye..

pidgin

Pidgin

Ada lagi perisian yang tidak disenaraikan disini, InsyAllah di lain masa saya senaraikan..

h1

Kisah SMK Kota.edu.my

February 24, 2009

untitled-1Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu smkkota.edu.my online. hits dah dekat 300++ huih…macam mustahil je.. rupa-rupanya tersohor jugak sekolah ni..Alkisahnya, web ini rupanya dah masuk version 3, version 1 terdahulu sekitar tahun 2002 adalah hasil Ckgu Syed dan Amir Haris. Version 1 tu dulu bukan calang-calang web, pernah dapat johan web peringkat Negeri Kelantan tu.. Version 2 pula, hasil kelolaan Sdr Afnan dan Ckgu Mat. Version 2 ni katanya tak sempat nak masuk pertandingan web. Dan sekarang Version 3.

smkkotaedumy Layari : http://www.smkkota.edu.my

Version terbaru ni menggunakan PHP+MYSQL. Stakat ni masih lagi dalam proses ada dalam 70% siap masih ada lagi aplikasi yang tak siap contohnya tv,chatroom,email dan lain-lain. Kalau nak ikutkan harga pasaran luar ni boleh sampai ber-11 ribu ni.. tak caya baca lah forum sifoo.com. Itu semua tak penting bagi aku, yang aku tau kepuasan berkarya. Apa-apa pon terimakasih banyak-banyak buat cikgu mat banyak membantu..kalau nak tau gambar-gambar tu Cikgu Mat lah yang kasi..hehehe..