Archive for the ‘politik’ Category

h1

Pernahkah Anda Menjilat Ludah Anda Sendiri???

May 11, 2009

KEMASKINI:4.30 PTG Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka – di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. 

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di  kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.
    
Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak; 

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

“Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.
    
“Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil,” katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
    
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.
    
Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri  besar di negeri itu.

SUMBER :malaysiakini

Versi Lama

Versi Baru

“Anak kecil main api

Terbakar hatinya sendiri

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang”

Lirik Lagu Warisan Bisa Kita nyanyi Masa duduk dalam kem BTN

Read the rest of this entry ?

h1

Pengguna Streamyx Sekalian..

May 9, 2009

Berita Ini adalah Dipetik daripada Blog http://hanief.blogspot.com untuk membaca artikel asal sila klik disini

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

 Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

 Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong.

Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.

 Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.

 Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.

 Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.

 Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.

 

Harap maklum.

 

Sebarkan pada rakan-rakan anda yang masih kebingungan akan masalah sebenar kelajuan TMnet Streamyx.

 

 

 

Jika benarlah hebahan yang dibawa oleh saudara hanief (http://hanief.blogspot.com) ternyata aku juga tidak terlepas daripada musibah ini kerana ip akaun streamyx aku dekat rumah bermula dari pada 60.50.xxx.xxx agghhhhh… ini betul-betul tekanan ni.. dah lah bayar mahal kerajaan bukan nya bagi subsidi 50%  atas bill streamyx pon , suka-suka dia je mau sekat-sekat ni.  bukan salah blog, bukan salah sms atau mms atau internet kebenaran tetap kebenaran, yang hak tetap  hak. Bukan tak mau tgok TV tapi dah menyampah tgok TV terutama TV1. Apa tidaknya semua yang keluar kat internet 100% lain dari liputan TV. Tak habis-habis rancangan hiburan-hiburan-hiburan, kadang-kadang tu nak muntah dengan gedik dan getik artis-artis malaysia. boleh dikatakan 80% siaran TV harini semuanya hiburan semata-mata, drama sana drama sini jom heboh san jom heboh sini..aggghhhhh.. bosan tu belom sentuh isu pemakaian artis dan penyampai tv tu.. lagi lah menyampah.. aghhhhhh… bosannya..kami rasa kami diperbodohkan dan dipermainkan..aghhhhh…

h1

Hari ini dalam sejarah (7-may-2009)

May 7, 2009

Hari ini dalam sejarah malaysia, mesti diingat dah di update dalam buku-buku sejarah dan kenegaraan malaysia. Dimana perak kini mempunyai 2 menteri besar dan 2 speaker yang mana menunjukkan satu kegilaan kuasa oleh pihak memerintah. Hari ini rata-rata blog mengulas kebodohan dan keangkuhan pihak memerintah untuk berkuasa di perak tanpa mempedulikan kanun perlembagaan yang mereka sendiri mengagung-agungkan selama ini. 

klik disini untuk melihat gambaran sekitar sidang dun perak hari bersejarah ini.

bagi penasiber, rakyat tak bodoh dan tak pekak, tunggu lah nanti rakyat bersuara.