Archive for the ‘Web Tutorial’ Category

h1

2 Minit buat 1 website boleh ke??

March 1, 2009

untitled-1

Boleh ke dalam 2 minit buat satu web site..huhuhu..kata tuan punya video ni.. 2 minit tu cuma dalam youtube je..sebenarnya 2jam lebih masa diperlukan.. buat blog yang mudah pon ambik masa 2-3 jam ni kan pula 1 web..huhuhuhu..

Advertisements
h1

Membina template mudah dalam Dreamweaver

February 23, 2009

untitled-1

Hari ini dengan kerajinan yang ada, aku nak bagi satu tutorial macam mana nak buat template mudah menggunakan fungsi sedia ada dalam adobe dreamweaver. so tutorial ni untuk yang tak tau lagi macam mana nak buat template dengan mudah dan cepat dan tiada kemahairan dalam CSS.. 

Bahan-bahan :

  1. Adobe Dreamweaver 
  2. Grafik-grafik untuk menambah seri
  3. Kerajinan..

Kelebihan:

  1. Tiada koding-koding
  2. Tidak guna CSS file

Cara-cara :

  1. Buat “new document” tak kisahlah PHP ke atau HTML 
  2. Bina layout web anda dengan “insert tabel” bilangan rows dan columns terpulang pada layout web anda.1
  3. Pastikan tabel dalam kedudukan center ( properties > align > center )
  4. Sekarang boleh dimasukkan grafik-grafik untuk header, background dan sebagainya..2
  5. Gambar diatas saya telah masukkan grafik pada kedudukan yang dikehendaki. Bagi kawasan <kandungan Web> dan <Menu Web> dibiarkan kosong ini kerana, bahagian ini boleh diubah apabila layout ini telah menjadi template.
  6. Sekarang kita jadikan kedua kawasan itu  “edit region” bagi membolehkan ianya diubah. caranya dengan Insert > Template Objects > Editabel Region atau CTRL+ALT+V3
  7. Langkah terakhir adalah kita jadikan ia satu template dengan Insert > Template Objects > Make Template kemudian save template ada.. dah siap pon.. menjadikan file tadi di save sebagai .dwt dan satu folder Template wujud dalam file yang anda save web anda.4
  8. Sekarang bolehlah guna template ini bila-bila masa sahaja, kaedahnya “open new page” pergi ke menu Modify > Template > Apply Template To Page
  9. Pilih nama template yang telah di save tadi. dan OK siap..
  10. Pada Page baru ini anda hanya boleh mengubah sesuatu pada medan edit region sahaja. Sekarang setiap page dalam web anda akan kekal sama tiada lagi kecatatan pada setiap page.
  11. Untuk mengubah template, hanya perlu ubah pada file template.dwt sahaja..dan semua page yang menggunakan template ini akan auto update. mudahkan..Ok selamat mencuba..