Archive for the ‘ubuntu’ Category

h1

Utusan Dari Netherlands

May 12, 2009

Lebih kurang 3 minggu lebih menunggu utusan yang tidak sampai-sampai akhirnya tiba di depan pintu hari ini..TQ untuk bro posmen. Aku sedar bukannnya dekat pon datangnya terpaksalah tunggu dengan rela hati dan makan hati dengan kawan-kawan yang sudah memilikinya, pengajaran bagi aku adalah lain kali kena lah tempah awal-awal ye.

Image0985 (Medium)

Ini dia UBUNTU 9.04 Jaunty Jackalope

Seperti ubuntu-ubuntu versi lepas-lepas ternyata ubuntu kini setanding dengan OS yang berada dipasaran. Jaunty Jackalope ini dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri. Antara yang paling menarik berkenaan versi terbaru ini ialah, proses boot yang sangat cepat. Kita sudah cukup bukti yang menunjukkan bahawa, jaunty jackalope mampu untuk boot dalam masa kurang 20 saat dan itu merupakan merit paling besar dalam dunia sistem operasi (melayubuntu.blogspot.com). Tapi Aku belom cuba lagi ni. belom cuba dah rasa keterujaanya. Bagi mereka yang berminat untuk beralih dari pada windows yang hampeh itu dan bosan dengan virus, spywar dan worms , anda belom terlambat untuk memilikinya dengan mudah dan percuma semuanya, hanya perlu daftar dan isi serba sikit maklumat anda disini dan kemudian tunggu je kat umah atau opis anda. insyaAllah nanti ada masa aku akan pamerkan print screen Jaunty Jackalope ini..

Advertisements
h1

Kehadiran Portable ubuntu dalam XP ku.

April 11, 2009

Umum telah mengetahui bahawa ubuntu merupakan salah satu OS sumber terbuka, jadi tidak hairanlah ubuntu wujud dalam bentuk portable bagi membolehkan ianya digunakan dalam windows. Ianya sama seperti perisian lain yang berformatkan .EXE, jadi ianya terus boleh digunakan bila-bila masa sahaja bagi sesiapa yang mahu mengenal dunia linux. ia juga boleh disimpan dalam pendrive dan boleh dibawa kemana-mana. Konsepnya mudah hanya download pada webnya kemudian terus boleh diguna tanpa menggunakan live cd atau menginstallnya pada komputer anda. Saya telah mencubanya, hemm ianya sungguh menarik, nasib baik masih lagi menggunakan windows pada komputer lama.

ubuntu_ptbl

portable ubuntu dalam windows xp 

sumber: http://portableubuntu.sourceforge.net/

h1

XP Vs UBUNTU

April 2, 2009

UBUNTU apa itu??

Ubuntu adalah satu OS (Operating System) berkeupayaan sama seperti Windows XP mahupon Vista dan windows 7 .

Kenapa saya pilih UBUNTU??

  1.  Free of charge. Copy CD pon boleh mintak CD Free pon boleh nak Download boleh sesangat.  Ikut link ini kalu mau mintak CD free https://shipit.ubuntu.com/
  2. Tak perlu risau akan virus atau apa-apa sahaja yang boleh didapati dalam windows.
  3. Boleh terus guna (run) guna CD tanpa perlu install, install lg bagus.
  4. interface dia lg cantik dari vista, huhuhu
  5. laptop buruk processor cap ayam pon boleh jalan..
  6. Semua ada tak perlu install microsoft office semua pakai open office yang mana free of charge jugak.
  7. Wifi pon boleh pakai dalam ubuntu.
  8. nak buat LAN dengan PC guna windows pon boleh (yang peliknya windows susah nak tgok PC guna Linux dalam LAN ni)
  9. Grafik kad pon boleh di install.
  10. audio ,video pon boleh dengar dan tgok.
  11. Yang bestnya on pc cepat tak macam windows lambat. 

snapshot3-medium-small

windows XP dalam UBUNTU menggunakan vitualbox

snapshot2-medium-small

Grafik kad nVidia pon boleh dalam ubuntu

snapshot1-medium-small

UBUNTU yang berjaya dalam laptop compaq F700, sehingga hari ini 99.9% tiada lagi masalah yang timbul, jika dulu saya guna Windows XP, installer hardware driver bagi compaq F700 bagi XP susah untuk dapat, ini kerana F700 hanya berkesan menggunakan vista.Amat menakjubkan apabila UBUNTU digunakan ternyata 99% semua hardware dalam F700 berfungsi sepenuhnya.