Posts Tagged ‘Jaunty Jackalope’

h1

Utusan Dari Netherlands

May 12, 2009

Lebih kurang 3 minggu lebih menunggu utusan yang tidak sampai-sampai akhirnya tiba di depan pintu hari ini..TQ untuk bro posmen. Aku sedar bukannnya dekat pon datangnya terpaksalah tunggu dengan rela hati dan makan hati dengan kawan-kawan yang sudah memilikinya, pengajaran bagi aku adalah lain kali kena lah tempah awal-awal ye.

Image0985 (Medium)

Ini dia UBUNTU 9.04 Jaunty Jackalope

Seperti ubuntu-ubuntu versi lepas-lepas ternyata ubuntu kini setanding dengan OS yang berada dipasaran. Jaunty Jackalope ini dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri. Antara yang paling menarik berkenaan versi terbaru ini ialah, proses boot yang sangat cepat. Kita sudah cukup bukti yang menunjukkan bahawa, jaunty jackalope mampu untuk boot dalam masa kurang 20 saat dan itu merupakan merit paling besar dalam dunia sistem operasi (melayubuntu.blogspot.com). Tapi Aku belom cuba lagi ni. belom cuba dah rasa keterujaanya. Bagi mereka yang berminat untuk beralih dari pada windows yang hampeh itu dan bosan dengan virus, spywar dan worms , anda belom terlambat untuk memilikinya dengan mudah dan percuma semuanya, hanya perlu daftar dan isi serba sikit maklumat anda disini dan kemudian tunggu je kat umah atau opis anda. insyaAllah nanti ada masa aku akan pamerkan print screen Jaunty Jackalope ini..

Advertisements