Posts Tagged ‘PHP+MYSQL’

h1

Kisah SMK Kota.edu.my

February 24, 2009

untitled-1Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu smkkota.edu.my online. hits dah dekat 300++ huih…macam mustahil je.. rupa-rupanya tersohor jugak sekolah ni..Alkisahnya, web ini rupanya dah masuk version 3, version 1 terdahulu sekitar tahun 2002 adalah hasil¬†Ckgu Syed dan Amir Haris. Version 1 tu dulu bukan calang-calang web, pernah dapat johan web peringkat Negeri Kelantan tu.. Version 2 pula, hasil kelolaan Sdr Afnan dan Ckgu Mat. Version 2 ni katanya tak sempat nak masuk pertandingan web. Dan sekarang Version 3.

smkkotaedumy Layari : http://www.smkkota.edu.my

Version terbaru ni menggunakan PHP+MYSQL. Stakat ni masih lagi dalam proses ada dalam 70% siap masih ada lagi aplikasi yang tak siap contohnya tv,chatroom,email dan lain-lain. Kalau nak ikutkan harga pasaran luar ni boleh sampai ber-11 ribu ni.. tak caya baca lah forum sifoo.com. Itu semua tak penting bagi aku, yang aku tau kepuasan berkarya. Apa-apa pon terimakasih banyak-banyak buat cikgu mat banyak membantu..kalau nak tau gambar-gambar tu Cikgu Mat lah yang kasi..hehehe..

Advertisements